..::nuriena::..

Monday, May 22, 2006

Keinsafan Diri

Sesungguhnya masa berlalu begitu pantas. Tup2 da nk bes aku nye internship. Da week ke 24 da n tggl 2 bln je lg nk bes. Dlm masa berkerja nih, aku terase sangat kerdil. Aku tatau kenapa aku berasa begitu. Dan dalam masa internship ni jugak byk benda yg jadik. Terlalu byk sehingakn aku tatau kenapa ianya berlaku berturut2 dan tatau apa yg harus aku buat. Semuanya berlaku begitu cepat. Tahun 2006.. Byk perkara yg tak diingini berlaku dalam tahun ini. Aku tatau apakah aku sorg yg merase begitu ataupn sumer org merase begitu. Bagi aku tahun ni byk perkara yg aku x sangka. Dan tahun ni gk aku byk belajar erti kehidupan. Belajar camne nk jadi manusia yg berguna, manusia yg berfikiran matang dan berpandangan jauh. Sesungguhnya org sekeliling byk mengajar aku erti kehidupan yg sebenar.

Aku tatau nape arini aku byk berfikir. Berfikir tentang diri sendiri, tentang mase lepas dan mase depan, tentang family, tentang org yg aku sayang dan macam2 lg. Berfikir apekah kesudahan hidup aku skang nih. Sumtimes aku nak sgt tgk diri aku pade mase depan. Adekah aku idup bahgia? Adakah aku gembira ngn idup aku? Apa yg aku jadi pada masa depan? hmmm.. Aku tau tu sume xkn dpt aku lihat. Aku yg patut create masa depan yg aku nk. Aku yg patut buat masa depanku sebahgia mungkin. Tp aku tatau ape yg harus aku lakukan utk menjadi sebegitu. Kalaupn aku tau, aku tatau adakah aku mampu utk lakukannye. Sesungguhnya aku sgt lemah!!~

Bercerita tentang kisah percintaan, aku teringat cerita tragis yg aku bace dr blog jamie arini. Sungguh tragis ape yg telah berlaku. Apa yg dialami oleh jamie pernah terjadi pada aku dan aku sempat menyelamatkn nya. Namun segala2 nya tdak lame. Akhirnya kesudahan tetap jua begitu. Aku cukup tertarik dengan nasihat2 yg diberikan oleh rakan2 ku. Sesungguh nya nasihat itu amat berguna. Dari nasihat itu aku dapat menyedarkn diri aku sendrik dalam menjalani hidup bercinta. Walaupun da 2 kali aku keceper dalam percintaan, tp aku nk gk becinta. huhu. Tp aku tatau kenape kini aku rase aku da x larat nk becinta. Terase penat nk mencari cinta, mencari dan menjadi mangsa cinta~ Maybe da smp mase utk aku berehat dlm bidang nih. Cukup la dengan 2 kali pengalaman yg aku terima dari 2 orang yg berlainan perangai, attitude, background n etc. 2 kali becinta ni byk mengajar aku erti hidup yg sebenar. Walaupn tidak byk perkara yg berlaku tp byk yg aku tempuh utk memberi kebahgiaan dalam hidup aku sendiri.

Hidup ini memang penuh dengan cabaran. Kita tidak akan lepas dr dugaan dan cabaran. Terlalu byk dugaan yg harus ditempuhi utk menghadapi hidup yang mendatang. Terlalu banyak.. Sehinggakn pada suatu masa aku rebah dan jatuh.. Rebah dalam dugaan yg diberikan. Jatuh dalam melawan arus kehidupan dunia. Sesungguh nya aku tidak kuat utk menempuh segala2nya. Aku sedar aku seorang yg lemah. Aku sedar aku tidak kuat. Aku sedar aku perlukan bimbingan. Tp dr siapa? Siapa yg dapat membantu aku utk meneruskn kehidupan? Siapa yg dpt membimbing aku utk mencari apa yg aku nak dan perlukan? Siapa?? hmmm.. Segala persoalan mmg susah utk dijawab sendirian. Adakah org lain dpt memberikan jawapan kepada segala persoalan dibenakku kini? Aku tidak tau~ Mungkin ade manusia yg dpt memberikan jawapannya dan mungkin juga tidak. Mungkin aku menerima dan mungkin juga tidak. hmmmmmm~

Dan mlm nih aku rebah. Rebah dalam imaginasiku sendiri. Rebah dalam pemikiran ku sendiri. Rebah dalam hidupku sendiri. Terlalu banyak berfikir pn tak elok jugak kn. huhu. Akhirnya aku redha. Redha dengan ape yg akan terjadi pada diri ku sendiri. Redha dengan kehendakNya. Akan aku terima dengan tabah walaupun ia menyakitkn. Sesungguhnya aku harus kuat dalam menempuh segala2nya. Akan aku bina kekuatan diri utk mengharungi dunia yg penuh liku. "Wahai kawan, keluarga, org tersayang.. Tolong lah aku. Bantu la aku. Sesungguhnya aku memerlukan kamu semua utk membantu ku".. Tinggallah soalan.. Tinggallah duka.. Tinggallah masalah. Akan aku kembali kepada korg keesokan hari. Biarlah mlm ni aku tidur dengan aman. Berilah masa utk aku berehat.. Rehat dr sumer ni. hmmmm~

4 Comments:

Blogger Ainul Hafiz said...

Cinta bukan segala-galanya dalam hidup.

Hidup tanpa cinta tak bermakna hidup menderita.

Ramai yang mencinta, dalam persepsi cinta yang berbeza, adakah kita sedar?

Tuhan akan menunjukkan, asal kau mencari, asal kau mahu mencari.

6:30 AM  
Blogger nuriena said...

sudah dewasakah kite? sudah dewasakah aku utk menerima ape yg berlaku skang nih? sudah dewasakah aku utk berfikir apa yang harus aku lakukan? sesungguh aku tak yakin ngn diriku sendiri. aku tak yakin dgn sumer nih. aaaa~ apa yang mampu aku lakukan skang nih? apakah.......? hmmmm~

7:27 AM  
Blogger nuriena said...

sungguh dalam kata2 mu itu enol. dan sesungguhnya aku mengakui kata2 itu. itulah yang aku lakukan sekarang. berserah kepadaNya utk memberikan aku jawapan dalam segala persoalanku.....~

7:30 AM  
Blogger nuriena said...

thanx adek sbb bg aku kesedaran. huhu.. lame gile aku nk tggu ko mengkomen.. huhu..

1. love life
- aku agree ngn ape yg ko ckp. mmg sume tuh btul. tp aku yg x btul. huhu.

-"Segala kata-kata boleh disusun, segala perasaan boleh dikawal." kata mmg senang utk disusun. tp adekah kata2 tu bermakna? perasaan boleh dikawal tp adekah diri ini mampu utk mengawalnya? diri aku jarang dpt mengawal perasaan aku sendrik. slalu aku ikutje ape perasaan aku kata. i tried to control but........ hmmm...

2. fortune faded
- maybe aku takut tuk hadapi mase depan. afraid to think wut will happen in the future. always have -ve thinking in my head. dun kno why but the -ve one always come first. hmmm..

7:47 PM  

Post a Comment

<< Home